Koperasi Global Jaringan Nusantara- KOGAJAN: No 1 Jalan 2/4A-1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Perubatan Islam

Pengubatan Islam adalah etno-sains

Amalan pengubatan Islam di Malaysia adalah termasuk dalam kategori etno-sains perubatan Alam Melayu.

Ini adalah kerana pertama: kaedah pengubatannya “diMelayukan” dengan penggunaan sumber alami (flora dan fauna) yang tidak ada di negara Timur Tengah (bukan dari sumber Tibb Nabawi) dan kedua: amalan ruqyah yang direka serta disusun dan diamalkan oleh para ulamak Melayu tempatan tidak sama dengan ruqyah dalam kitab Tibb Nabawi. Ruqyah ciptaan ulamak tempatan itu ialah kearifan tempatan atau ilmu etno perubatan orang Melayu. Etno-sains adalah dari perkataan etno- dari perkataan Greek bermaksud kumpulan tempatan, manakala perkataan sains dari Latin bermaksud iilmu. Jadi etno-sains ialah ilmu kearifan orang tempatan.

Apabila pengubatan Islam di Malaysia “diMelayukan”, apakah ia layak dipanggil “pengubatan Islam”?

Apakah pengubatan Melayu bukan pengubatan Islam? Jadi apa guna definisi Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyatakan orang Melayu ialah mereka yang berugama ISLAM, bertutur bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam hidup orang Melayu?

Perawat yang mendakwa ia amalkan pengubatan Islam terperangkap dengan dakwaan mereka kononnya mereka perawat islam sedangkan pendekatan mereka hanya “merawat” dan tidak holistik, tidak syumul.

Dalam perspektif Islam, kesihatan manusia meliputi penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit dan perawatan penyakit. Jika pengubatan Islam hanya fokus kepada perawatan sakit dan penyakit, maka ia bukan patuh syraiah, ia tidak lengkap, ia tidak holistik. Malah ia menyempitkan bidang pengubatan Islam hanya kepada perawatan penyakit dan pesakit.

Dalam penjagaan kesihatan, ada hukum halal, haram makruh dan sunat apabila kita makan dan minum. Makanan yang haram akan bawa kepada penyakit fizikal dan jiwa.

Dalam adab makan minum Islam, ada panduan cara makan dan jumlah makanan yang boleh dimakan. Pelanggaran hukum dan adab makan minum ini dileakkan agar dapat mencegah penyakit dalam badan.

Selain dari hukum dan adab makan minum, terdapat amalan spiritual yang dikembarkan dengan amalan fizikal. Jika ia dtinggalkan maka ia boleh kepada penyakit kerana makan minumnya tidak diberkati Allah.

Oleh itu konsep “pengubatan Islam” yang didakwa oleh perawat Islam adalah lari dari konsep Islam yang syumul.

Dalam dakwaan perawat Islam bahawa amalan mereka kononnya “perubatan Islam” atau “pengubatan Islam” dengan bacaan ruqyah dari Tibb Nabawi juga tidak tepat. Ini adalah kerana ulamak tempatan telah menokok tambah amalan bacaan Quran, doa, dan zikir2 yang tidak diamalkan oleh perawat Islam dari negara umat Islam yang lain seperti di Timur Tengah dan Indo-Pakistan. Maka apa yang diamalkan oleh perawat Islam dalam rangka “pengubatan Islam” di Malaysia ini tidak universal, sebaliknya bersandarkan kepada kearifan tempatan yang diperkenalkan oleh ulamak tempatan. Ia “diMelayukan”.

Amalan menggunakan flora seperti bunga raya, kunyit hitam, halia, dan misai kucing tidak ada dalam amalan Tibb Nabawi. Amalan menggunakan fauna seperti lebah (bukan madu) dan lintah dalam “pengubatan Islam” tidak ada dalam kitab Tibb Nabawi. Amalan membaca solawat tafrijiah, membaca solawat ciptaan ulamak tempatan, membaca wirid dengan bilangan tertentu yang disarankan oleh ulamak tempatan, dan mentakwilkan ayat2 Quran pilihan lain dari yang ada dalam kitab Tibb Nabawi dalam merawat penyakit dan pesakit, dan ia tidak diamalkan oleh perawat Islam yang lain dari negara umat Islam yang lain. Maka kaedah ini semua lebih layak dikategorikan sebagai etno-sains perubatan Alam Melayu dari pengubatan Islam semata2.

Ini belum dibahaskan kaedah rawatan ke atas pesakit yang tekena gangguan makhluk halus termasuk santau, histeria, kerasukan, sihir, kemurungan, dan seumpamanya, dirawat cara kombinasi kearifan tempatan Melayu dan Islam, maka ia bukan “pengubatan Islam” semata2 tetapi lebih tepat dengan ilmu kearifan orang tempatan (etno-sains perubatan) yang melibatkan local knowledge, local wisidom, dan indigineous knowledge.

Apakah perbuatan menyeluk tangan dalam mulut buaya yang diikat dan dingangakan mulut buaya itu satu amalan dalam melatih perawat pengubatan dan perubatan Islam? Sudah tentu ia disandarkan kepada kearifan tempatan oleh ulamak tempatan kerana ia melibatkan melibatkan local knowledge, local wisidom, dan indigineous knowledge. Ia bukan khurafat, ia ada rasionalnya yang tersendiri. Yang jahil akan memusuhi perkara yang dia jahil mengenaimya. Kalau dia mahu belajar kearifan tidak mengapa. Kalau dia tak mahu, biarkanlah dia dalam kejahilannya.

Sumber : https://supyanhussin.wordpress.com/2022/03/21/etno-sains-perubatan/