Koperasi Global Jaringan Nusantara- KOGAJAN: No 1 Jalan 2/4A-1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Salam buat Rakan Rahsia Alam

Bermula dengan Bismillah pembuka kata, menadah tangan memohon keberkatan dari Allah Rabbul Alamin.

RAHSIA ALAM satu pendekatan antara Dunia yang dicipta dengan Pencipta Sekelian Alam. Cuba Merungkai rahsia yang tersembunyi untuk memahami lebih dekat tujuan jin dan manusia, Cakerawala, Bintang dan Bulan, Lautan dan Gunung-ganang, Flora & Fauna dijadikan sumber yang dapat dimunafaatkan untuk kehidupan dan maslahat ummah.

Bermula memahami Konsep Ethologi & Ethnomologi, 7 lapisan Ilmu, 7 jenis jin. Kemudian memahami Alam Melayu dengan Ethno-Sains dan Perubatan Islam. Mencari penyelesaian kepada segala yang hendak diselesaikan terutama dalam aspek Kesihatan, Penyediaan Makanan dan Muamalat sesama manusia.

Kepada semua warga negara Malaysia lebih dari 16 tahun dijemput menjadi RAKAN RAHSIA ALAM untuk lebih memahami tujuan diwujudkan portal RAHSIA ALAM ini melalui siri wacana, diskusi dan keterlibatan dalam aktiviti sebagai penyampai ilmu kepada yang memerlukan dengan menyertai Projek Projek yang dijalankan oleh RAHSIA ALAM.

Porta RAHSIA ALAM ini dibentuk melalui Usahasama :

  1. Pertubuhan Pendokumentasian Warisan Melayu Nusantara (PEDAWAM) dan
  2. Koperasi Global Jaringan Nusantasra (KOJAGAN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *